11 May 2013

1 REJAB

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kini tiba sudah bulan Rejab & kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan dengan segala yang kita ada sehingga hari ini. Tak lama lagi Ramadhan pun akan tiba. Sempena bulan Rejab ni, jom kita banyakkan puasa sunat & amal ibadah yang lain. Jom ganti puasa bagi yang belum selesai ye...

Baiklah, kita sambung cerita dari post yang lama, gambar di bawah adalah kesinambungan gambar yang lepas... versi tersusun kemas..ehehe..







23 April 2013

Gembiranya, YEAY!

Alhamdulillah, banyak perkara yang menggembirakan saya & orang sekeliling berlaku.
Orang kata bila kita  menggembirakan /membahagiakan orang lain kita pun gembira/ bahagia. Rasanya memang betul la..

Khamis lepas ada jamuan harijadi kawan-kawan, seronok raikan bersama mereka. Bertambah seronok bila dapat bungkusan dari En. Posmen. Bungkusan apa? Oh mestilah barang yang dibeli online...Barang apa? Jom tengok gambar di bawah ye.....

Terlupa nak ambil gambar sebelum buka..tapi bungkusan bubble plastic pun boleh la kan..


 Bila dah buka...taadaa...inilah yang saya tunggu-tunggu...sangat suka

Buku-buku  1-3 dari kiri tu je yang saya order + ink printer
Buku warna biru tu saya beli setelah mendapat inspirasi dari blog yang saya baca. Sangat memberi inspirasi blog tersebut, tapi tak ingat link blog tu, nanti kena cari ni...hehe. Kemudian ternampak buku-buku yang lain, jadi beli la juga...Tidak lupa ink printer kerana setelah sekian lama pencetak Hp saya berhibernasi.

Nampak tak bahagian kanan ada lagi barang-barang yang tak disebut? Mereka datang bersama bungkusan buku-buku tadi. Hadiah dari MPH di atas belian yang dibuat. Sangat suka sebab dapat hadiah yang best ...Ok boleh dapatkan buku kegemaran anda di MPH ye...

HAPPY READING!




10 April 2013

Seputih Salju

 
Crochet lagi ... Projek terbesar untuk tahun 2013 setakat ni....
Sebenarnya tak ada lah putih sangat pun, lebih kepada cream warnanya..
Ini baru sebahagian sahaja, ada banyak lagi sehingga siap sepenuhnya...
Gambar penuh projek next, next entry okay?

04 April 2013

I'm Back

Permandangan bangunan pencakar langit di suatu petang yang indah
 
Setelah sekian lama menyepi kini kembali...
Jalan-jalan dengan kawan-kawan
 
Dari The Peak, Hong Kong dengan cinta....
 
 
Rasa macam nak datang lagi je, tak puas lagi jalan-jalan di sini.
 
 
 
p/s: picture credit to my cute friend

05 March 2013

PiN BuNga


Bismillahhirohmanirrahim. Assalamualaikum semua,
 
Semoga semua sihat dan ceria selalu...serta luar biasa bagus
Semoga sahabat-sahabat kita di Sabah dipermudahkan segala urusan & baik-baik sahaja menghadapi saat getir di sana. Marilah kita semua mendoakan keselamatan mereka, para pejuang negara & tanah air yang tercinta.

 
 
Pin bunga/ brooch bunga daripada felt & butang seashells warna gold yang bersinar-sinar dari BPE (boleh rujuk bahagian kanan blog tentang butang-butang menarik ini).
 
Pin bunga biru muda pekat ni untuk dihadiahkan kepada adik & kawan-kawannya.
Ianya sebagai sokongan terhadap aktiviti seni mereka, dengan harapan boleh menaikkan lagi semangat di samping gigih mengulangkaji pelajaran demi masa depan yang cemerlang di dunia & akhirat.
 
Hopefully these simple brooches will brighten your day darlings! 

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin